Jamuan Aidilfitri & KUAM AGM 2009

13 October 2009 | By KUAMuniti in Events, Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t,

Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Mesyuarat Agung KUAM 2009 insyaAllah akan diadakan pada hari Ahad ini, bersamaan 18 Oktober 2009 di Dewan Malaysia Melbourne, di mana laporan aktiviti sepanjang tahun ini akan dibentangkan dan juga barisan kepimpinan baru Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM) akan dipilih.

Berikut adalah tentatif majlis pada hari Ahad ini:

11.00am: Jamuan Raya Aidilfitri KUAM & sesi beramah mesra

12.00pm: Semakan keahlian & pendaftaran ahli baru (Hanya ahli berbayar KUAM tahun 2009 sahaja akan layak mengundi. Kertas undian akan diberikan kepada ahli).

12.30pm: Mesyuarat Agung KUAM 2009 bermula.

Perjalanan Mesyuarat Agung:

  • Bacaan Doa
  • Pembuka kata oleh Presiden KUAM 2009
  • Pembentangan laporan aktiviti kelab sesi 2009
  • Pembentangan laporang kewangan kelab sesi 2009
  • Ruangan dibuka untuk soalan & perkara berbangkit daripada para hadirin
  • Pembubaran ahli jawatankuasa KUAM 2009
  • Pencalonan AJK baru KUAM sesi 2010 *
  • Ucapan calon Presiden dan calon Timbalan Presiden (5 minit seorang)
  • Sesi soal jawab antara hadirin dan calon Presiden & Timbalan Presiden
  • Undian dijalankan (Kertas undian hanya diberikan kepada ahli berbayar KUAM tahun 2009)
  • Undian dikira & keputusan diumumkan
  • Ucapan penutup oleh Presiden KUAM 2010.

2.30pm: Bersurai


Dengan segala hormatnya saya menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama kami memeriahkan majlis Aidilfitri dan juga AGM KUAM ’09 pada hari Ahad ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mencalonkan rakan/diri sendiri sebagai AJK KUAM 2010, sila hubungi kami di alamat email info@kuamuniti.com. Pencalonan masih dibuka.

Yang Benar,

Mohd Izhar Moslim

Presiden, Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM) sesi 2008 & 2009.


*Jawatan dipertandingkan untuk AJK KUAM 2010:

  • Presiden (Seeloknya mempunyai pengalaman di dalam persatuan pelajar)
  • Timbalan Presiden (Seeloknya mempunyai pengalaman di dalam persatuan pelajar)
  • AJK: Biro IT, Agama, Promosi, Kebajikan, Pelajaran, Sukan, Kebudayaan)

* Jawatan tidak dipertandingkan (dilantik oleh Presiden KUAM ’10)

  • Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan

Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara boleh didapati di http://tiny.cc/1gbVf

Leave a Comment