Anjuran EHSAN & ISMA – 10 Oktober 2009

08 October 2009 | By KUAMuniti in Announcements, EHSAN, Events, Other Club Activities

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

ISMA-Australia cawangan Victoria dan EHSAN Victoria dengan sukacitanya menjemput anda ke Seminar Kerjaya Kedoktoran Malaysia dan Etika Perubatan Islam pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009 di Malaysian Hall. Seminar ini akan membicarakan tentang prospek kerjaya sebagai pegawai perubatan di Malaysia dan Etika Perubatan Islam.

Isu-isu seperti apakah prospek sebagai houseman/intern di malaysia, cabaran sebagai intership, prospek untuk bidang specialisation di malaysia dan bagaimana, gaji dan elaun untuk doktor, adakah nasib doktor masih tidak terbela, isu-isu etika yang biasanya akan dihadapi oleh doktor terutamanya kita sebagai doktor muslim dan bagaimana untuk menghadapinya dan banyak lagi isu-isu lain akan dikupas.

InsyaAllah, pembentang jemputan kita untuk seminar ini ialah Dr Hj Mohd HattaTarmizi seorang Konsultan Obstetrik dan Ginekologi di Queen Elizabeth Hospital, Sabah yang sedang mengambil Sub-Specialist- IVF di Royal Women’s Hospital.

Detail program adalah seperti berikut:

Tarikh: Sabtu, 10 Oktober 2009
Tempat:
Dewan Malaysia (Malaysian Hall) K4, High street, Windsor
Masa:
10.00am- 2.00pm

Aturcara Majlis:

9.00-9.45am: Kerjaya sebagai Pegawai Perubatan- Bahagian 1
9.45am-10.00am: Break 
10.00am-10.45am: Etika Perubatan Islam- Bahagian 1

10.45am-11.00am: Break – Minuman Ringan

11.00am-11.45am: Kerjaya sebagai Pegawai Perubatan- Bahagian 2
11.45am-12.00pm: Break
12.00pm-12.45pm: Etika Perubatan Islam- Bahagian 2
12.45pm-1.00pm : Solat Zohor

1.00pm-1.45pm : Sesi Q&A
2.00pm : Jamuan ringan dan bersurai

Jamuan ringan juga disediakan.

Sila bawa rakan-rakan perubatan anda.

Pelajar perubatan tahun akhir digalakkan hadir tetapi doktor juga dijemput hadir.

WassalamTake note* Solat Hajat Perdana dan AGM EHSAN akan diadakan pada malam 10hb Oct 09.Sebarang persoalan boleh hubungi:

Saudara Faiz Yaman: 0416499795 (faizyaman@gmail. com)
Saudara Salami Ibrahim
0433443397

Anjuran Bersama:
ISMA-Australia cawangan Victoria
Badan EHSAN Victoria

Mohamad Faiz Yaman
faizyaman@gmail. com

MBBS & BMedSc,
The University of Melbourne
Ketua Biro Usahawan ISMA Victoria (UVic)

http://www.ismaaustralia.com/


solat-hajat-dan-agm-ehsan-2009

Solat Hajat & AGM EHSAN : Apa tentatifnya?

7.30pm – Solat Maghrib berjemaah
7.45pm – Solat Hajat Perdana
8.00pm – AGM EHSAN
9.00pm – Solat Isya
9.15pm – Jamuan makan


Leave a Comment