Kuliah Mega Melbourne 2013

Kuliah Mega Melbourne 2013

977462_256749991132889_1695739796_o

Assalamualaikum wbt.

KUAM dengan kerjasama EHSAN Victoria akan menganjurkan KULIAH MEGA MELBOURNE 2013 & SOLAT HAJAT PERDANA (sempena menghadapi peperiksaan) di Clayton buat julung-julung kalinya.

Topik Kuliah pada kali ini adalah “Remaja Malaysia dan Remaja Palestin: Di mana kita, Dimana mereka?” dimana topik ini akan dihuraikan sebagai kesedaran kepada rakyat Malaysia di Malaysia akan kepentingan keamanan di negara kita sekaligus mewujudkan rasa syukur kepada Allah swt.

Bersempena dengan peperiksaan yang semakin hampir bagi kebanyakan pelajar di sini, Solat Hajat juga akan dianjurkan bagi mendoakan kemudahan pelajar-pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Tajuk Forum : Remaja Malaysia dan Remaja Palestin: Di mana kita, Di mana mereka?

Panel:
1. Ustaz Fathul Bari
– Penceramah Syariah Tekun
– Ulama muda UMNO
– Penasihat Agama di Institut Jantung Negara, Malaysia.

2. Imam Muda Hassan Adli
– Juara Imam Muda musim ke-2
– Bekas pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa (IIC)

Tentatif :
6.30pm – Ketibaan tetamu
6.45pm – Solat Isya’ berjemaah
7.00pm – Kuliah bermula
9.15pm – Solat Sunat Hajat (oleh Imam Muda Hassan)
9.30pm – Jamuan & Bersurai

Tempat:
Monash Sport, Monash University, Clayton.
Location : https://plus.google.com/103959867925938844729/about?gl=au&hl=en
—-

Semua dijemput turut sama dan penyertaan adalah percuma. Bawa rakan-rakan, sahabat handai & keluarga agar memeriahkan lagi suasana kuliah kita. Insyaallah.

Ikuti kami di Twitter : http://www.twitter.com/kuamuniti
Like Page kami : http://facebook.com/kuamuniti

Leave a Comment


Notice: Theme without footer.php is deprecated since version 3.0.0 with no alternative available. Please include a footer.php template in your theme. in /home/kuamuni1/public_html/wp-includes/functions.php on line 4592